Boeing Bakal Lancarkan Pesawat Tanpa Juruterbang Mereka Tahun Hadapan


Nampak Boeing yang merupakan syarikat pengeluar pesawat telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan sebuah pesawat tanpa juruterbang di Pameran Udara Antarabangsa Australia.

Pesawat tanpa juruterbang itu diberi nama Loyal Wingman dan dibangunkan bersama Tentera Udara Diraja Australia.


Loyal Wingman berukuran 12 meter panjang dan mempunyai jarak operasi lebih 3,700 kilometer yang mampu membawa peluru berpandu dan bom pada masa depan.

Pesawat tersebut dilengkapi dengan sensor yang membolehkannya melakukan misi perisikan, pemantauan dan tinjauan termasuk peperangan elektronik dijangka dijual pada tahun depan.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Sistem Autonomi Boeing, Kristin Robertson juga mendakwa bahawa pesawat ini lebih baik berbanding kapal terbang yang dikendalikan manusia.


Sumber: Oh! Media