Haziq disahkan meninggal dunia

GEORGETOWN – Misteri kehilangan Mohd Haziq Mohd Tarmizi susulan serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu terungkai apabila remaja itu disahkan maut.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata berita kematian Mohd Haziq, 17, itu juga sudah diterima Wisma Putra.

“Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan ke sana (New Zealand), esok.

“Beliau akan mewakili Kerajaan Malaysia untuk urusan solat jenazah dan khutbah Jumaat di Christchurch,” katanya di sini, malam ini.

Haziq adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang parah dalam serangan itu, kini dirawat di sebuah hospital di negara itu.



Sumber: cempedakcheese.com