Jacinda Ikrar Perketatkan Undang-Undang Senjata Api


Berikutan dengan serangan pengganas di Christchurch, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut berikrar akan mengetatkan undang-undang pemilikan senjata api negeara berkenaan.

Ini setelah didapati pengganas terbabit telah mendapatkan senjata api secara sah termasuk dua senjata rifel separa automatik yang dimilikinya.

Undang-undang senjata api New Zealand tidak seketat negara jiran mereka, Australia yang melaksanakan kawalan tegas penggunaan senjata api selepas digemparkan dengan tragedi hampir serupa pada tahun 1996.

Senjata yang dimiliki pengganas terbabit juga telah diubah suai dan berkemungkinan kerajaan New Zealand akan mengharamkan penggunaan senjata separa automatik.

Selain itu, Jacinda juga telah menyatakan bahawa pasukan penguatkuasa sedang giat memantau sebarang aktiviti di media sosial atau sebarang reaksi susulan kejadian.

“Saya percaya ramai rakyat New Zealand berasa takut apabila mendapat tahu ada individu di negara ini memiliki senjata seperti yang digunakan dalam tragedi Christchurch.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media