JDT Mula Tunjuk Taring - Belasah Selangor 4-2


Nampaknya pasukan Johor Darul Ta'zim, JDT sudah mula menunjukkan taring mereka apabila berjaya merampas semula takhta  Liga Super dengan membelasah Selangor 4-2 di Stadium Shah Alam malam tadi.

JDT kini berjaya mengumpul 13 mata selepas mengharungi lima perlawanan dan kini berkelebihan 3 mata dihadapan Kedah yang akan berdepan PKNS FC hari ini.

Walaubagaimanapun, lain pula ceritanya buat pasukan Selangor apabila mereka masih belum mengecapi sebarang kemenangan dan hanya mengumpul 3 mata selepas lima perlawanan.


Sumber: Oh! Media