Keluar dari Pasir Gudang segera, gas ini hanya tunggu masa untuk membunuh!

Risau dan panik. Itulah yang dirasai oleh penduduk Pasir Gudang sejak seminggu selepas kawasan mereka terjejas akibat daripada pembuangan sisa toksik oleh manusia tidak bertanggungjawab.

Mereka kini bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah, nyawa mereka turut kini diancam bahaya berikutan jumlah mangsa yang semakin meningkat setiap hari.

Kena cepat keluar dari Pasir Gudang, gas ini sangat berbahaya

Salah seorang penduduk Pasir Gudang, Zulkahairi Khodir memaklumkan dia dan ahli keluarganya terpaksa mengambil tindakan segera dengan berpindah dari kawasan tersebut buat sementara.

Menurutnya, keadaan semakin tidak selamat kerana difahamkan pencemaran ini turut melibatkan sejenis gas berbahaya iaitu Cyanide yang pernah digunakan sebagai senjata kimia ketika Perang Dunia Kedua dahulu.

Kesannya boleh membawa kepada kanser paru-paru

Zulkahairi berkata, antara komponen utama dalam bahan kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim Acrylonitrile, sejenis sisa toksik yang boleh mendatangkan mendatangkan gas Cyanide.

Tambahnya, mangsa yang terhidu gas tersebut akan mengalami kesukaran bernafas dan boleh mengakibat kanser paru-paru dalam jangka masa panjang.

Tolong pindah buat sementara waktu, Pasir Gudang tak selamat

Zulkharie menasihati penduduk agara segera berpindah kerana tindak balas gas ini hanya menunggu masa untuk menyerang sistem badan manusia.

Bagaikan Bom Nuklear

Difahamkan, setakat ini hampir 30 peratus penduduk Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang terjejas akibat pencemaran gas kimia di Sungai Kim Kim mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi lain buat sementara waktu.



Sumber: cempedakcheese.com