Kerja Pembersihan Sungai Kim Kim Sepanjang 1.5 Kilometer Selesai


Berikutan dengan kerja-kerja pembersihan sisa toksik di Sungai Kim Kim, hari ini Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin telah memaklumkan bahawa pembersihan di sepanjang 1.5 kilometer telah selesai.

“Secara keseluruhannya proses pembersihan sudah siap dan hari ini kita nak tengok sama ada terdapat lagi tempat yang nak dibersihkan atau tidak, kita perlu pantau.

“Hari ini kita boleh kata sebagai hari pemantauan dan selepas itu baru kita akan lihat apakah langkah seterusnya yang kita boleh buat,” katanya kepada pemberita

Sebanyak 30 pasukan akan digerakkan bagi kerja-kerja pemantauan dan mereka akan turut menilai kualiti udara di 30 buah sekolah dalam linkungan 5 hingga 9 kilometer.


Sumber: Oh! Media