Mujahid Beri Maklum Balas Atas Dakwaan Marina Mahathir

Posted on Sunday, March 17, 2019 | 3/17/2019



Berikutan dengan kritikan Datin Paduka Marina Mahathir, Mujahid kini membalas semula dakwaan Marina yang mengatakan dirinya mencuba mengalih perhatian daripada menangani tuntutan wanita dengan menumpukan pada hanya satu tuntutan sebagai 'memalukan'.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan beliau tidak pernah cuba untuk mengalih isu tuntutan wanita dalam perhimpunan Women's March tempoh hari.

“Saya menyokong jika perhimpunan wanita itu digunakan sebagai platform untuk menyuarakan isu wanita seperti penindasan golongan itu, hak gaji minimum wanita dan sebagainya tetapi bukan perjuangkan LGBT yang jelas bercanggah dengan norma manusia dan agama.

“Perhimpunan ini telah di ‘hijack’ oleh golongan ini walhal sepatutnya ia boleh jadi platform baik untuk suarakan isu-isu wanita,” katanya.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/17/2019

0 comments:

Loading...