New Zealand Haramkan Penjualan Senjata Jenis Raifal


Berikutan dengan syarat undang-undang pemilikan senjata yang ingin dikaji semula, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah memutuskan untuk mengharamkanp penjualan senjata raifal dan separa automatik sebagai tindak balas terhadap kejadian serangan pengganas yang mengorbankan 50 orang di negara itu, minggu lalu.

“Saya mengumumkan New Zealand akan mengharamkan semua bentuk senjata api separa automatik tentera. Kami juga mengharamkan senjata raifal,” kata Ardern.

Ardern turut mengumumkan beberapa langkah sementara yang diambil untuk menghentikan pembelian sebelum undang-undang berkuat kuasa sepenuhnya.

“Secara ringkas, semua bentuk senjata separa automatik yang digunakan dalam serangan pada Jumaat minggu lalu akan diharamkan di negara ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian
Sumber: Oh! Media