NuFinity White Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Miss World Malaysia Sebagai Duta Produk! Wow!


Rabu lalu bertempat di De'Gouffron, Apex Biocare telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu NuFinity White sebagai produk yang menjanjikan kulit lebih cerah seawal dua minggu sahaja. Dalam acara tersebut juga, mereka telah memperkenalkan duta rasmi NuFinity White iaitu pemegang anugerah Miss World Malaysia 2018 iaitu Larissa Ping Liew . Fuh ketaq lutut kami dapat jumpa Miss World tau. Haha.


NuFinity White merupakan produk premium yang menempatkan diri mereka bukan sekadar produk pemutih kulit yang dah banyak berada di pasaran tetapi ianya mempunyai kelainan tersendiri yang membuatkan produk ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa bukan sahaja untuk kaum wanita, malahan turut dimonopoli oleh kaum lelaki yang mementingkan penampilan menarik serta kulit yang sihat.

Sekitar Acara Pelancaran NuFinity White.













Menarik berkenaan NuFinity White ni dan membezakannya ianya berbanding dengan produk pemutih kulit yang lain, ini merupakan produk sunblock pemutih pertama di Malaysia yang boleh dimakan! Hanya buka satu sachet setiap hari dan terus tuang ke dalam mulut. Tak perlu lagi nak pakai sunblock untuk takut kulit jadi gelap dan sebagainya.

Kebaikan NuFinity ini ada 3 yang paling utama jika terus diamalkan iaitu membuatkan kulit jadi lebih putih secara semulajadi secara dari dalam, mengukuhkan lagi struktur kulit bagi melambatkan proses penuaan, serta menawarkan enzim yang memangkinkan pecahan radikal bebas yang aggresif yang dihasilkan metabolisme oksigen dalam badan kita.

Selamat atau tidak NuFinity White ni? Selain mempunyai sijil halal, ianya juga mempunyai jaminan dan pengesahan menggunakan 100% bahan semulajadi jadi kalau dah 100% dari bahan semulajadi, tentulah selamat.

Keberkesanan bagi yang menggunakan NuFinity White ini akan memberi kesan cuma dalam tempoh masa 8 minggu dah nampak sendiri perubahan pada warna kulit tetapi sesetengah orang hanya mengambil masa 14 hari sahaja untuk melihat perbezaan yang ketara pada kulit masing-masing.

Maklumat lanjut boleh layari website NuFinity di www.nufinity.com.my dan juga Facebook NuFinity.
Sumber: Oh! Media