‘Pakai beret ala-ala Rambo, rupanya tolong pasang katil je…’ – Penyokong PH sindir Jabatan Amal Pas

Penyokong Pakatan Harapan (PH) menyindir sekumpulan sukaralewan dari Jabatan Amal Pas yang membantu mangsa-mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, Johor.

“Walaun Paspispus asal gaya je mesti nak gempak siap pakai topeng anti toxic bagai hero avengers. Beret pun nak acah ala-ala rambo Sylvester Stallone. Rupanya tolong pasang katil je……Patutla jadi wala’unta al-mala’un,” kata admin ‘Parti Pribumi Bersatu Malaysia – Pakatan Harapan’ menerusi Facebook, semalam.

Admin itu berkata, dewan penempatan itu jauh dari radius kawasan gas beracun dan sukarelawan Jabatan Amal tidak perlu menunjuk-nunjuk dengan memakai topeng anti toksik jika sekadar mahu memasang katil.

“Dewan penempatan sementara tu jauh dari radius kawasan gas beracun pun nak gebang pakai macam bio hazard sangat. Kahkahkah. Takkanlah dewan mangsa banjir buat dekat dewan yang tenggelam dek air banjir anjirr!,” katanya.

Berikutan itu, akaun Facebook tersebut dihujani pelbagai komen daripada netizen yang mahu pihak admin bersikap matang dan tidak memperlekehkan usaha orang lain.

“Tak payah lah perli…atleast cakap la terima kasih ,matang lah perangai ko sikit…aku penyokong PH jugak…tapi taklah smpai perlekeh usaha membantu mangsa…bangang punya admin,” kata Muhammad Muzammil.

Kelvin Liew Peng Chuan pula berkata “Diorang TOLONG pasang katil. Admin buat apa? Melolong memekak kat alam maya? Membantu sangat”

Manakala Engkoe Wan berkata “Sekurangnya mereka datang membantu daripada admin sibuk depan papan kekunci jer…”



Sumber: cempedakcheese.com