Pemberian Big Mac percuma adalah satu penipuan – McDonald’s

Tular dalam aplikasi WhatsApp, restoran makanan segera popular, McDonald’s mengadakan promosi dengan menawarkan burger Big Mac secara percuma kepada orang ramai.

Promosi yang tersebar kepada orang ramai itu dikatakan sempena menyambut ulang tahun makanan itu yang kini mencecah 50 tahun.

Bagi mendapatkan burger tersebut secara percuma, orang ramai perlu menekan pautan yang disediakan dan menjawab soalan survei.

Namun, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan restoran tersebut, mereka menegaskan promosi tersebut adalah satu penipuan dan tiada sebarang kaitan dengan MacDonald’s.

“Kami telah dimaklumkan tentang satu promosi yang kononnya menawarkan Big Mac McDonald’s® percuma bagi menyambut Big Mac yang telah mencecah 50 tahun.

“Kami ingin menjelaskan bahawa promosi tersebut adalah satu penipuan dan tiada sebarang kaitan dengan McDonald’s®.

“Para pelanggan dinasihatkan agar tidak memberi maklum balas terhadap promosi tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di https://ift.tt/2HxouPe. Terima kasih,” jelas kenyataan itu. – MHE TV



Sumber: cempedakcheese.com