Pencemaran Toksik - Perdana Menteri Lakukan Lawatan Ke Pasir Gudang



Pada petang semalam, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail telah membuat lawatan ke Pasir Gudang, Johor lanjutan daripada kes pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim.

Dr Mahathir telah melawat Hospital Sultan Ismail di mana mangsa-mangsa ditempatkan dan diberikan rawatan. Dr Mahathir juga diberi taklimat oleh pihak Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan situasi semasa serta kerja-kerja pembersihan sisa toksik.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YAB Dato' Haji Osman Sapian, Menteri Besar Johor. Dr Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi bencana ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas kejadian ini.


Sumber: FB Dr. Mahathir bin Mohamad

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media