Pengguna Apple AirPods Terdedah Dengan Risiko Kanser

Posted on Sunday, March 17, 2019 | 3/17/2019



Tidak dinafikan pengenalan teknologi baru sedikit sebanyak membantu pengguna dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan pengenalan Apple AirPods yang menggunakan teknologi bluetooth bagi memudahkan pengguna mendengar lagu tanpa masalah wayar yang berselirat.

Walau bagaimanapun, disebalik kemudahan yang diperkenalkan didapati sesetengah teknologi ini secara tidak langsung bakal meningkatkan risiko penyakit kanser buat para penggunanya. Semuanya berpunca daripada electromagnetic frequency (EMF) atau gelombang radio yang dikeluarkan oleh sesetengah produk elektronik melibatkan Wi-Fi serta telefon bimbit.

Penggunaan Apple AirPods yang turut mempunyai gelombang yang sama dikatakan bakal meningkatkan risiko penggunanya mendapat penyakit kanser berikutan kedudukannya yang sangat dekat dengan telinga sekaligus bakal menjejaskan otak dalam jangka masa yang panjang.

Selain Apple Airpods, penggunaan headphones atau earphones tanpa wayar yang disambung melalui bluetooth bakal turut memberi efek kepada penggunanya.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/17/2019

0 comments: