Penyerang siar video tembakan secara langsung

CHRISTCHURCH – Penyerang bersenjata yang melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid di bandar ini ketika jemaah sedang bersolat Jumaat dan membunuh beberapa mangsa dipercayai turut menyiarkan secara langsung serangan itu di media sosial.

Satu akaun twitter dengan nama Jack Dawkins menyiarkan video yang memaparkan seorang lelaki menggunakan senjata automatik melepaskan tembakan dalam sebuah masjid.

Video itu turut tertera “amaran rakaman sensitif “ dan tanda pagar Christchurch.

Sementara itu, pihak berkuasa New Zealand melaporkan sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu kejadian tembakan rambang di Masjid al Noor itu.

Ketika kejadian masjid itu penuh dengan jemaah termasuk anggota pasukan kriket Bangladesh tetapi semua pemain pasukan itu tidak cedera.

Polis dilaporkan mengepung bandar itu bagi mengesan suspek lelaki berpakaian celoreng dan bersenjatakan raifal automatik.

The Guardian melaporkan, Sebuah kereta jenis Subaru yang dipercayai mengandungi bom merempuh sebuah lagi masjid.



Sumber: cempedakcheese.com