Rakyat Australia Membantah Peningkatan Sentimen Islamfobia

Posted on Sunday, March 17, 2019 | 3/17/2019



Ribuan penduduk Australia telah melakukan perhimpunan di Melbourne bagi membantah sentimen Islamofobia dan sifat perkauman yang semakin tersebar berikutan serangan pengganas ke atas umat Islam di New Zealand.

Perhimpunan aman yang bermula di Perpustakaan Victoria State semalam bagi menzahirkan solidariti bersama komuniti Islam yang menjadi mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Chistchurch.


Jasmine Ali yang merupakan penganjur perhimpunan berkata, " Sentimen kebencian yang tersebar menjadi punca kepada serangan sedemikian.

Selain itu, beberapa mercu tanda di Melbourne turut dinyalakan dengan warna bendera New Zealand sebagai tanda solidariti terhadap mangsa serangan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/17/2019

0 comments: