Rakyat Malaysia Antara Mangsa Tembakan Rambang di Sebuah Masjid New Zealand


Seorang rakyat Malaysia disahkan menjadi mangsa dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.

Menerusi kemaskini Twitter akaun Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Welington, mangsa dilaporkan cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter beliau.

Malah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga sedang mendapatkan perincian kejadian tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan juga, anak mangsa yang berusia 17 tahun turut berada di dalam masjid sama.

Namun, status remaja itu masih belum diketahui.


Walaubagaimanapun, pihak berkuasa New Zealand berjaya bertindak dengan pantas dengan menembak suspek di bahagian kaki dan ditahan bagi siasatan lanjut.

Laporan penuh: Astro Awani
Sumber: Oh! Media