‘Rakyat sendiri pun sakit hati…’ – Gara-gara kenyataan biadap, Senator Anning dilempar telur

Kenyataan Senator Fraser Anning dari Australia yang menyalahkan program imigresen dan Islam sebagai punca insiden penembakan di Christchurch disifatkan sebagai satu tindakan jelik dan tidak masuk akal.

Ketika orang ramai berdukacita dan melahirkan simpati terhadap keluarga dan mangsa jenayah yang keji itu, kenyataan senator Queensland itu jelas tidak sensitif, tidak munasabah serta bersifat perkauman.

Tuduh orang Islam, kepala kena telur

Ekoran daripada kenyataan biadap itu, Senator Anning dilempar telur oleh seorang remaja yang tidak dikenali ketika menghadiri satu acara di Melbourne.

Anning yang terkejut dengan insiden itu, dilihat menampar muka remaja terbabit dan berlaku pergelutan sebelum remaja itu dibawa pergi oleh pihak berkuasa.

Ahli parti sendiri kritik kenyataan Anning

Anning turut dikritik oleh ahli partinya sendiri yang kebanyakannya melahirkan simpati terhadap mangsa serangan pengganas berkenaan.

Orang ramai tandatangan petisyen supaya Anning dipecat

Selepas video dilempar telur itu tular, orang ramai mengambil satu lagi tindakan drastik dengan membuat petisyen menggesa kerajaan Australia memecat Annings daripada parlimen.

Dalam petisyen tersebut, mereka menyifatkan tiada tempat di dalam parlimen untuk pemimpin yang menyebarkan kebencian dalam masyarakat.



Sumber: cempedakcheese.com