‘Ramai lembu akan undi BN’ – Dr Streram perlekeh pengundi DUN Rantau

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Rantau, Dr Streram pernah memuat naik status berbaur penghinaan terhadap pengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Menerusi status Facebook itu, Dr Streram telah melabel pengundi BN sebagai lembu selepas bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai salah seorang menteri Kabinet sekiranya BN meraih dua pertiga majoriti undi dalam (PRU14).

Walaupun status dimuatnaik sebelum PRU14 lagi, ia telah ditularkan semula sejak beberapa hari lalu selepas Dr Streram diumum sebagai calon PH bagi menentang Datuk Seri Mohamad Hasan.

Berikutan itu, Dr Streram telah dikecam oleh netizen yang menyifatkan pakar bius itu tidak mengamalkan politik matang.

Itulah lain kali mulut tu jaga-jaga sikit.

Patutlah ramai MPKK DUN Rantau menolak Dr Streram dilantik semula sebagai calon. Perangai dia memang buruk sejak dari awal lagi.



Sumber: cempedakcheese.com