Remy Ishak sah putus tunang

PELAKON, Remy Ishak akhirnya mengakui bahawa pertunangannya dengan Ezza Yusof, sudah berakhir sebulan yang lalu.

Menafikan orang ketiga sebagai punca, Remy, 37, menganggap perpisahan ini sebagai ketentuan takdir.

Bagaimanapun jelasnya, hubungan dengan Ezza masih lagi baik dan mereka tetap bekerjasama dalam perniagaan.

“Selepas dua tahun mengikat tali pertunangan, saya rasa tak adil untuk saya terus mengikatnya. Jadi saya lepaskannya kerana dia boleh ada kehidupan yang lebih baik.

“Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih baik,” jelasnya.

Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof mengikat tali pertunangan pada Mei 2017.



Sumber: cempedakcheese.com