Sebanyak 111 Buah Sekolah Diarahkan Tutup Serta Merta


Berikutan dengan pencemaran sisa bahan kimia berbahaya di Sungai Kim Kim di daerah Pasir Gudang, kini sebanyak 111 buah sekolah diarahkan untuk tutup berkuat kuasa serta merta.

Arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan setakat ini seramai 506 individu sedang dirawat akibat pencemaran dan 166 orang lagi ditahan di wad.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin hari ini berkata, lapan sebatian kimia berbahaya disahkan dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang antaranya metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein, benzene, toulene, xylene and limonene.

Kerja pembersihan Sungai Kim Kim dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu bagi mengelak kesan pencemaran berterusan.
Sumber: Oh! Media