Sony Corp Tutup Kilang Pembuatan Telefon Di Beijing


Akibat mencatatkan kerugian dalam penjualan telefon pintar, Sony Corp dilaporkan akan menutup kilang pembuatan telefon mereka di Beijing China dalam beberapa hari lagi menurut jurucakap syarikat Sony.

Sony Corp yang merupakan syarikat elektronik gergasi Jepun itu membuat keputusan ini bagi mengurangkan kos yang mencatat kerugian.

Oleh itu, pihak mereka akan mengalihkan semua operasi pengeluaran ke kilang Thailand yang mampu mengurangkan separuh kos dan menjadikan perniagaan telefon pintar menguntungkan semula.

Sony Corp sebelum ini telah menanggung kerugian sebanyak 95 bilion yen atau AS$863 juta dalam tahun ini.
Sumber: Oh! Media