Thailand Hantar Anggota Polis Gemuk Ke Kem 'Belly Destruction'

Posted on Saturday, March 16, 2019 | 3/16/2019



Anggota Polis Thailand kini perlu melalui kem mengurangkan berat badan sekiranya didapati melebihi BMI yang telah ditetapkan. Program yang diberi nama 'Belly Destruction' itu telahpun dimulakan dan balai polis Thailand juga telah mula menghantar setiap anggota mereka yang paling gemuk.

Anggota yang terlibat akan dibawa ke Pusat Latihan Polis di Pak Chong selama dua minggu selepas kejayaan program rintis berkenaan.


Difahamkan, anggota polis menyertai kem tersebut perlu menunggang basikal dan mengamalkan diet kaya protein bagi menurunkan berat badan sebanyak mungkin.

Setakat ini, dilaporkan seramai 200 anggota polis Thailand mengambil bahagian dan turut telah berjaya mencipta kejayaan apabila anggota yang sebelum ini mempunyai berat mencecah 200kg, kini berjaya mengurangkan sebanyak 60kg.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/16/2019

0 comments:

Loading...