Tonton: Ejen Ali The Movie Official Teaser Trailer Kedua


Seperti apa yang kami lihat, tahun 2019 akan menjadi tahun kebangkitan filem animasi Malaysia apabila Upin Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali hadir dengan filem mereka.

Selepas Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal yang kini ditayangkan di pawagam dan Boboiboy The Movie 2 mengeluarkan trailer mereka. Kini hadir pula teaser trailer terbaru dari Ejen Ali The Movie yang membuatkan ramai terpegun dan tak sabar menantikan animasi ini muncul di pawagam.

Dengan hanya melihat pada teaser Ejen Ali, kita sudah dapat menilai kualiti grafik animasinya yang ternyata lebih baik dan lancar berbanding Upin Ipin dan Boboiboy.

Berdasarkan teaser kedua Ejen Ali The Movie kali ini, ia menimbulkan lebih banyak persoalan apabila hadir beberapa watak seperti Datuk Bandar, Othman dan penampakan seorang lagi ejen yang dilihat memakai spek mata kuasa sama seperti Ali.

Namun, tarikh tayangan belum dikongsikan oleh Wau Animation, tetapi ianya pasti ditayangkan pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan.


Sumber: Oh! Media