'Allah masih panjangkan umur, aku cuma awal setengah jam' - Kren langgar 8 buah kenderaan


Seorang parah dan seorang lagi cedera, manakala lapan buah kenderaan rosak selepas dilanggar jentera kren di Jalan Batu Arang menghala ke Rawang, hari ini. 

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.18 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian. 

Sebaik tiba di lokasi, kemalangan itu membabitkan sembilan buah kenderaan dan terdapat dua mangsa yang cedera. 

"Seorang parah dan seorang lagi cedera. Pihak kami memberikan bantuan kepada mangsa terbabit dan membantu operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan," katanya. 

Sementara itu di media sosial, seorang lelaki yang dikenali sebagai Afiq Ajemy, berkata, dia bernasib baik kerana kejadian itu tidak berlaku ketika dia melalui jalan itu lebih awal 30 minit. 

"Accident kaw-kaw paling teruk di Rawang melibatkan lapan buah kenderaan.

"Terima kasih Ya Allah masih panjangkan umur aku. Aku cuma awal setengah jam," katanya. 












Sumber : thereporter.my