'B yang ajar cyg hidup tanpa B' - Isteri nekad cerai, suami asyik hadap phone berbanding anak & isteri

Posted on Sunday, April 14, 2019 | 4/14/2019



Bila berumahtangga, jangan terlalu lebihkan aktiviti sendiri sehingga anak dan isteri/suami rasa diabaikan. Perlu bijak membahagikan masa atau paling tidak pun, ajak keluarga sertai aktiviti itu, sekali gus dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. 

"Aku rasa dah tak nak hidup di muka bumi ini bila isteri aku dah failkan surat cerai. Aku dah pujuk rayu pergi ke tempat kerja dia. Aku kejar dia bila aku ternampak dia keluar pergi ke pasar minggu, tetapi tak sempat cari dia dah hilang. 

"Tolong bagi kata-kata semangat kat aku. Aku perlukan nasihat. Aku sayang isteri aku. Dah 10 tahun kami bersama," luah si suami di Facebook Kisah Rumah Tangga

Berdasarkan gambar screenshot perbualan WhatsApp yang dikongsikan, benar si suami cuba memujuk isterinya untuk kembali bersama, biarpun terpaksa menghubunginya 100 kali dan panggilan itu langsung tidak dijawab. 

Dalam ayat pujuk rayu, si suami juga menggunakan alasan anak mereka dan meminta isteri usah terlalu ego. 

"Cayang fikirlah masak-masak, kita ada anak. Kalau kita cerai, mesti anak sedih tanya 'papa pergi mana/mama pergi mana?'. B faham perasan ini semua sebab ego sahaja," katanya. 

Setelah diberi ayat seperti itu, si isteri tampil menjelaskan apa sebenarnya kesilapan suaminya yang menyebabkan dia bertindak sedemikian. 

"Setiap kali B balik kerja, B cuma hadap phone. Cayang duduk kat sebelah B, tapi B tak hirau. B biar cayang jaga anak seorang diri. B biarkan cayang berbual seorang diri. 

"B yang ajar cayang hidup tanpa B. B ada tapi macam tak ada. Cayang dah nekad nak berpisah. Assalam," balas si isteri. 


Hati isteri mana yang sanggup tinggal bersama suami yang enggan melayani isterinya sendiri. Tatkala diajak berbual, situasi menjadi seperti bercakap dengan dinding. Hendak diluah perasan, dinding pula bukannya pandai memberi respon. 

Sekian lama dalam keadaan seperti itu membuatkan si isteri berasa tiada bezanya hidup ada atau tiada suami yang mendorong dia membuat keputusan untuk berpisah sahaja. 

Sementara itu, netizen mengandaikan si suami mungkin masih ada peluang kerana masih ada panggilan 'B' dalam mesej yang dibalas. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/14/2019

0 comments: