Fasih berbahasa Arab, telatah budak ini buat netizen kagum

Bukan senang untuk menguasai bahasa asing. Bahasa Inggeris pun susah nak fasih, inikan pula bahasa Arab.

Baru-baru ini tular pautan video tentang seorang budak lelaki yang fasih berbahasa Arab di Langkawi. Video tersebut dirakam dan dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Munirdinie.

Perkongsian video berkenaan budak hebat dari Langkawi ini telah mendapat 210K tontonan dan 17K retweet oleh netizen.

Ikuti pengalaman berharga munirdinie bersama budak fasih berbahasa Arab ini.

“Saya datang sebagai pelancong je dan waktu tu saya dilayan oleh seorang lagi pekerja di situ. Cuma waktu tu saya perasan adik tu cakap dalam bahasa asing sebab tu saya pun datang menghampiri dia dan mula merakam video adik tu.”

Apa yang menarik, budak lelaki itu bukan sahaja boleh bersembang santai dengan pasangan pelancong asing tersebut, bahkan dia juga turut melawak dalam bahasa Arab.

Video yang dikongsi munirdinie turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata berasa kagum dengan kebolehan adik itu bertutur dalam bahasa asing.



Sumber: cempedakcheese.com