Gangguan bekalan air 24 April ini, 4.14 juta pengguna di 577 kawasan ini akan terjejas selama 4 hari - SYABAS


Lebih dari empat juta penduduk akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari bermula 24 April ini berikutan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2. 

Kerja-kerja penambahbaikan itu akan menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya yang menjejaskan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Sementara itu, SPAN dalam kenyataannya hari ini berkata, sebanyak 620,835 pemegang akaun atau 4.14 juta pengguna di 577 kawasan terbabit akan terjejas dengan gangguan bekalan air itu. 

Sehubungan dengan itu, sebanyak 10 Pusat Khidmat Setempat akan mula diaktifkan pada jam 8:00 pagi Jumaat 26 April 2019. 

Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki air hanya akan digerakkan pada 26 April 2019 dengan keutamaan bagi kecemasan dan premis-premis kritikal. 

Para pengguna di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 24 April 2019. 





Untuk maklumat lanjut dan status terkini, sila layari laman web SYABAS di www.syabas.com.my, Facebook 'Air Selangor', Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar 'Air Selangor'. 

Sumber: Syabas


Sumber : thereporter.my