Israel jadikan masjid bersejarah sebagai kelab malam

Posted on Monday, April 15, 2019 | 4/15/2019



Masjid Al-Ahmar antara rumah ibadat umat Islam yang paling bersejarah di bandar raya Safed di utara Palestin diceroboh oleh rejim Zionis pada 1948 kini dijadikan sebagai kelab malam oleh Majlis Perbandaran Israel, lapor Al-Quds Al-Arabi. 

Terdahulu, bangunan itu dijadikan sebagai sekolah Yahudi, kemudian menjadi pusat kempen pilihan raya parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar menjadi kelab malam. 

Masjid itu kini dibuka untuk semua acara kecuali solat. Ia dijadikan bar dan dewan perkahwinan. Nama masjid itu turut ditukar kepada Khan Al-Ahmar. 

Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.


Tabari menambah, beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkat kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid berkenaan daripada sebarang pelanggaran.

Sebelum dihalau keluar dari rumah mereka pada 1948, Safed mempunyai 12,000 penduduk Palestin. — Agensi via Berita Harian


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/15/2019

0 comments:

Loading...