'Kami mohon maaf kepada Datuk' - Fizz Fairuz enggan terima, tuntut Makcik Puaka mohon maaf dalam sidang media


6 April lalu, seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang sudah berkahwin dicekup khalwat bersama pasangannya di sebuah chalet di Pulau Perhentian. 

Susulan laporan berita itu, ramai pihak yang membuat spekulasi termasuklah netizen, berdasarkan maklumat yang tertera pada laporan tersebut kononnya lelaki terbabit adalah pelakon, yang ketika itu juga berada di Terengganu. 

Bagaimanapun, pelakon berkenaan, Fizz Fairuz, tampil menafikan dakwaan liar dan tidak berasas itu, malah isterinya, Almy Nadia turut mempertahankan bahawa suaminya tidak terlibat dalam kes tersebut. 


Kesal dengan fitnah itu yang menjejaskan imej dan reputasi, Fizz Fairuz mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebarkan dakwaan itu termasuklah beberapa portal hiburan dan juga forumer. Fizz memberi tempoh masa seminggu untuk pihak terlibat membuat permohonan maaf.

Pengendali Instagram Makcik Puaka yang turut didakwa menyebarkan fitnah itu, tampil membuat permohonan maaf semalam dan memberi penjelasan berhubung tindakan mereka memuat naik dakwaan itu di Instastory sebelum ini. 


Malangnya, Fizz enggan menerima permohonaan maaf yang dibuat melalui Instastory, sebaliknya Fizz mahu pengendali Instagram Makcik Puaka datang ke sidang media akan datang untuk meminta maaf secara terbuka. 

Sekiranya gagal hadir pada sidang media itu kelak, Fizz akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. 

"Kita nak jernihkan keadaan, bukan nak burukkan keadaan. harap dapat beri kerjasama untuk press conference nanti. 

"Jangan sesekali kita ambil mudah atas sesuatu perkara, akan memakan diri tau. Jadi apa yang kita aturkan, ikut sahaja untuk (kebaikan) kedua-dua belah pihak," kata Fizz melalui Instagram. 



Sumber : thereporter.my