Kerajaan Malaysia Tarik Diri Keputusan Terima Statut Rom


Kerajaan Malaysia kini telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah mendapati ada pihak cuba untuk membawa institusi Raja menentang kerajaan dan timbul kekeliruan di kalangan masyarakat.

Tun Mahathir juga menyatakan ada pihak yang menjadikan ia isu politik dan memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan.

Jadi, Malaysia boleh menarik balik Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada Jun ini selepas ia ditandatangani pada 4 Mac lalu dan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.

Perdana Menteri menegaskan, Statut Rom hanya memberi kesan kepada negara peserta yang melakukan diskriminasi atau pembersihan etnik di negara mereka.

“Tapi kita tak buat semua itu, kerajaan hari ini memastikan semua berkongsi kekayaan negara. Khabar angin kata, kalau kita tandatangan, kalau kita tak tarik balik (sertai Statut Rom), kita kena ikut negara luar, bukan begitu. Umpama kalau di Eropah, mereka percaya LGBT (lesbian, gay biseksual dan transgender) OK, (tapi) kita tak OK.

“Tapi kalau kita tembak mereka (golongan LGBT) atau letak dalam penjara dan buat perkara dahsyat serta tidak ambil tindakan menanganinya, kita akan dikenakan tindakan (berdasarkan Statut Rom) sebab tak buat apa-apa,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media