Kerajaan Negeri Terengganu Beri Caj Percuma Wad Kelas Tiga Jun Ini

Gambar Teganukita

Kerajaan Negeri Terengganu nampaknya meneruskan pemerintahan berkesan mereka di bawah PAS apabila pada Jun ini, mereka akan melaksanakan caj percuma bagi wad kelas tiga di hospital kerajaan negeri.

Walaupun ia diakui ada sedikit kelewatan dalam pelaksanaannya, namun pihak kerajaan negeri tetap komited dalam meneruskan segala perkara yang telah dijanjikan dalam manifesto PRU14, kata Dr. Alias Razak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri.

"Pihak kami telah beberapa kali membuat rayuan tetapi ditolak dan akhirnya menerima satu surat yang menyatakan sebab-sebab penolakan.

"Namun kita tetap berusaha sebaik mungkin dengan meneruskan rundingan dengan KKM dan jika ia ditolak maka pihak kerajaan akan meneruskan perlaksanaan dengan mengguna pakai pelan B," katanya.

Dengan memberikan perkhidmatan percuma itu, kerajaan negeri dijangka akan membayar kepada kementerian kira-kira RM4 juta setahun berdasarkan dengan jumlah katil yang ada sebanyak 1,400 unit.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media