Kerana bengkung syarikat Sajat disaman RM200,000

Gara-gara urusan perniagaan yang tidak berjalan lancar sebuah syarikat milik Nur Sajat disaman hampir RM200,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, plaintif – OWA Resources – berkata mereka mengemukakan saman tersebut terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.

“OWA Resources mengesahkan telah memfailkan saman sivil bernilai hampir RM 200,000 terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd yang dimiliki oleh Muhammad Sajjad kerana gagal membekalkan produk bengkung dan girdle yang ditempah dan dibayar oleh stokis,” kata kenyataan tersebut.

Menurut syarikat terbabit kes itu akan dibicarakan di mahkamah Shah Alam pada 24, 25 dan 26 April ini.

OWA Resources akan diwakili peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli.



Sumber: cempedakcheese.com