Lelaki tekup, tumbuk leher kekasih sampai mati kerana cemburu mangsa sering bergaul dengan rakan lelaki


Seorang mahasiswi berusia 20 tahun dibunuh oleh teman lelakinya hanya kerana cemburu dengan mangsa yang sering bergaul dengan rakan-rakan lelaki di universiti. 

Difahamkan, suspek yang dikenali sebagai KI dan mangsa, Ni Made Serli Mahardika, 20, sudah lama menjalinkan hubungan mereka tetapi sikap cemburu suspek yang melampau membuatkan dia tergamak melakukan jenayah itu. 

Ketua Polis Kota Singaraja, Wiranata Kusuma berkata, pasangan itu sudah lama mengenali sesama diri sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Namun hubungan mereka kerap terkandas di tengah jalan sebelum mereka kembali menjalinkan hubungan pada Oktober 2018. 

Terdahulu, ibu bapa mangsa sebelum itu cuba menghubungi anak peremmpuannya itu pada pagi Khamis lalu, tetapi mangsa gagal dihubungi. 

Tiga hari selepas itu, ibu bapanya meminta bantuan rakan anaknya untuk memeriksa keberadaan Serli di bilik sebelum mendapati mangsa sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.

Ekoran penemuan mayat mangsa, polis telah menahan suspek yang kemudian membuat pengakuan bahawa dia telah membunuh mangsa dengan menekup mukanya dengan bantal dan sempat menumbuk lehernya bagi memastikan mangsa tidak lagi bernafas. 

Setelah yakin mangsa sudah tiada, suspek mengemaskan bilik mangsa dan menutup mayatnya dengan selimut. 

"Sebelum suspek meninggalkan bilik itu, dia menyusun bantal dan menutup Serli dengan selimut," katanya. 

Sementara itu, Ketua Forensik, Dudut Rustiyadi berkata, berdasarkan bedah siasat mereka menemui kesan luka di dahi, bibir dan leher yang disebabkan oleh objek keras. 

"Punca kematian mangsa akan kerana kehabisan oksigen," katanya. 

Suspek bakal didakwa mengikut Akta 338 dan Akta 351 KUHP yang memperuntukkan hukuman 15 tahun penjara jika disabit kesalahan. 

Sumber: Kumparan


Sumber : thereporter.my