Nak sangat jadi ahli baharu Blackpink, Puteri Aishah tayang lubang pusat

PELAKON Puteri Aishah mencuri tumpuan pengikutnya di laman Instagram apabila menulis kapsyen mengenai kumpulan Kpop popular, Blackpink.

Puteri atau nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman, 24, secara bergurau memberitahu dia merupakan ahli baharu kumpulan tersebut.

“New Blackpink member, rum pum pum pum pum pum (lirik dalam lagu Kill This Love),” tulisnya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan pengikut ialah mengenai fesyen yang digayakan oleh pelakon filem Pulang ini.

Rata-rata netizen menegur pakaian yang digayakan kurang sesuai kerana kelihatan agak seksi dan mendedahkan aurat.

“Malas nak cakap banyak, harap awak berubah satu hari nanti, saya doakan! Panas ke pakai baju tutup aurat, susah ke nak ikut peraturan agama.

“Harap diberi petunjuk hidayah, akhlak yang baik ialah Islam bukan budaya barat.

“Pakaian tu jaga sikit, nampak pusat! Tutuplah aurat tu sis,” komen netizen.

Meskipun ruangan komen dibanjiri dengan teguran dan kecaman, ada juga pengikut yang memberikan komen positif dan memuji kecantikan aktres ini.

“Jangan hakimi orang ya, kita tak tahu pengakhiran setiap orang, kita doa je baik-baik. Love Puteri Aishah!

“Lantaklah orang nak kata apa, awak cantiklah… macam Lisa (Blackpink),” kata peminat.

Sehingga kini, foto tersebut menerima hampir 50,000 tanda suka dan lebih 800 komen daripada pengikut.



Sumber: cempedakcheese.com