Nepal sekat PUBG, elak ketagihan di kalangan kanak-kanak, remaja

Posted on Saturday, April 13, 2019 | 4/13/2019



Pihak berkuasa Nepal mula mengharamkan permainan popular PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) kerana ia membawa kesan dan impak negatif kepada golongan kanak-kanak, lapor Reuters. 

"Kami telah diarahkan untuk menyekat permainan PUBG kerana ia menyebabkan kanak-kanak dan remaja ketagih terhadap permainan itu," kata Sandip Adhikari, timbalan pengarah Nepal Telecommunications Authority (NTA).

Pengharaman permainan itu berkuatkuasa bermula semalam, katanya. 

Ia susulan dari arahan pihak berkuasa siasatan perkutuan yang meminta semua penyedia perkhidmatan internet menyekat permainan itu sejak Khamis. 

Adhikari berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan yang berkaitan dengan permainan itu. Tetapi dia tidak menolak bahawa adanya golongan ibu bapa bimbang dengan anak-anak mereka yang hilang fokus pada akademik dan rutin harian lain ekoran ketagih dengan PUBG.


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/13/2019

0 comments: