Park Bogum Kini Digelar 'Ahmad Bogum' Selepas Menyanyikan Lagu Belaian Jiwa

Posted on Wednesday, April 03, 2019 | 4/03/2019



Sebelum ini telah trending di media sosial dalam kalangan peminat penyanyi Korea Selatan apabila aktor popular Park Bogum telah menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu bertajuk Belaian Jiwa.

Lagu asal dari kumpulan Carefree itu telah mencairkan lagi peminat dengan kelunakan suara Park Bogum yang kini telah digelar 'Ahmad Bogum'.

Park Bogum menyanyikan lagu berkenaan sambil bermain piano yang melakukan persembahannya di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

“Saya sendiri yang memilih lagu ini kerana sukakan liriknya yang sangat bermakna. Jadi saya cuba sampaikan dalam versi saya, harap anda semua terhibur,” katanya.

Di Korea, Bogum cukup terkenal dengan jolokan ‘menantu pilihan’ dan ‘teman lelaki nasional’ dek kerana keperibadian dan personalitinya yang baik, bersopan santun dan mempunyai imej yang bersih sebagai seorang artis.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/03/2019

0 comments:

Loading...