Pelancong maut terjatuh dari ketinggian 12 meter, abah-abah flying fox terputus


Seorang lelaki warga Kanada dilaporkan maut akibat terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika melakukan aktiviti lasak, flying fox, di sebuah lokasi pelancongan terkenal di Chiang Mai, Thailand. 

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas abah-abah yang dipakai pada badan mangsa berusia 25 tahun itu terputus secara tiba-tiba. 

Difahamkan, mangsa bercuti di Thailand bersama dengan isterinya dan melakukan sukan lasak itu di Flight of the Gibbon. 

"Dia terjatuh ketika meluncur pada tali. Semua bukti sudah dihantar ke pejabat forensik," kata Mejar Polis Daerah Mae On, Sakarin Wiratsaken. 








Setakat ini, tiada individu yang didakwa di atas kejadian itu. Aktiviti sukan lasak itu juga ditutup buat sementara waktu ekoran kejadian yang tidak diingini itu. 

Sumber: AFP via Harian Metro


Sumber : thereporter.my