Pembangkang Dilihat Yakin Mencabar Presiden Jokowi Widodo


Hari ini merupakan hari mengundi bagi memilih Presiden di Indonesia dan kini semua pusat mengundi di seluruh Indonesia telah ditutup yang dibuka pada jam 7 pagi tadi.

Presiden Joko 'Jokowi' Widodo dalam misi untuk mengekalkan pemerintahannya di Indonesia yang dilihat banyak memberikan kesan yang positif kepada negara itu.

Untuk pengetahuan korang, Jokowi merupakan ahli perniagaan perabot dan telah memasuki dunia politik sejak 14 tahun yang lalu sebagai datuk bandar.

Pada pilihan raya kali ini, Jokowi berdepan dengan bekas jeneral Prabowo Subianto yang begitu hampir menewaskannya pada tahun 2014.

Keputusan kiraan awal undi tidak rasmi PEMILU akan diumumkan dua jam selepas pusat mengundi ditutup. Calon presiden yang menang akan diketahui lewat hari ini.

Bagaimanapun, keputusan rasmi hanya akan diketahui Mei nanti.
Sumber: Oh! Media