Penagih dadah ditahan bersama patung seks

Posted on Sunday, April 14, 2019 | 4/14/2019



Seorang lelaki ditahan bersama patung seks oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dalam operasi yang dilakukan di Bekenu, Miri, Sarawak. 

Ujian saringan awal mendapati suspek berusia 48 tahun yang masih bujang itu positif dadah jenis methamphetamine.

Pemeriksaan di biliknya turut menemui beberapa cakera padat lucah dan patung pemuas nafsu serta dipercayai menggunakan dadah bagi tujuan meningkatkan nafsu dan melayan video lucah bersama patung tersebut. 




Dalam operasi itu, seramai 39 orang ditahan dan didapati positif dadah jenis syabu, methamphetamine dan ganja. Kesemua yang ditahan berusia di antara lingkungan 20-an hingga 60-an di kawasan Bekenu, Batu Niah dan Miri. 


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/14/2019

0 comments:

Loading...