'Tengah syok mandi-manda, tourist ni selamba berak di pantai PD' - Saksi

Posted on Sunday, April 14, 2019 | 4/14/2019



Apabila melancong ke tempat orang, jagalah kelakuan dan pertuturan. Tetapi perbuatan pelancong ini teramatlah tidak bertamadun dan sangat menjijikkan!

"Tengah syok-syok mandi manda and these ugly tourists buat hal. Ada cara tak nak ban diorang dari masuk ke Malaysia?" demikian tweet @zudomon yang memuat naik gambar kejadian itu di Twitternya pada pagi tadi.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pantai Batu 5, Port Dickson.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kelihatan tiga pelancong yang dipercayai dari China sedang berdiri di pantai di mana salah seorangnya sedang mencangkung.

Setelah diamati, rupa-rupanya pelancong terbabit sedang membuang air besar sambil ditemani dua rakannya itu.





REAKSI NETIZEN











Sumber: @zudomon

Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/14/2019

0 comments: