'Terdesak sangat ke nak beg baru?' - Netizen kecam tindakan wanita ini ajar orang menipu AirAsia


Tindakan seorang pengguna Twitter mengajar netizen menuntut bagasi baru dari syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, dengan cara yang tidak sepatutnya, mengundang kecaman netizen. 

Terdahulu, wanita terbabit mengajar penumpang menggunakan penerbangan AirAsia dengan membawa bagasi yang sudah buruk dan berdoa agar ianya pecah berderai di bawah kendalian pihak itu. 

Selepas tiba di destinasi, penumpang bawa bagasi yang rosak itu ke kaunter AirAsia untuk membuat tuntutan kerosakan dan menunggu digantikan dengan bagasi baru. 



Difahamkan, wanita itu sudah pun melakukannya dan dia diberikan bagasi baru secara percuma tanpa disiasat oleh AirAsia. 

Ditanya sama ada dia mengambil insurans, wanita itu nafi berbuat demikian dan tergelak apabila perancangannya mendapatkan bagasi baru itu berjaya. 

"Tak ambil insurans pun, dia bagi juga sebab teruk sangat kot rosak. Saja je, ni pun nak tergelak sebab jadi macam ni. Tak sangka juga diorang nak kasi beg baru," katanya. 

REAKSI NETIZEN? 





Sumber : thereporter.my