'Teruk betul lah, apa faedah bayar tol jika jalan sesak?' - Ahmad Maslan

Posted on Tuesday, April 16, 2019 | 4/16/2019



Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter mengenai jalan bertol tetapi sesak hampir dua jam. 

"Saya sedang lalu lebuhraya PLUS sekarang, arah ke Seremban. Sesak dah hampir dua jam. 

"Nak lalu lorong kecemasan tak boleh, walau ada yang lalu. Lepas sesak ini, kena bayar tol. Memang teruk betul lah.

"Apa faedah bayar tol jika jalan yang dilalui itu sesak?" soalnya di Twitter dan turut dilampirkan kejayaan Najib memansuhkan 11 tol dalam tempoh 9 tahun menjadi perdana menteri. 



REAKSI NETIZEN

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Itulah peribahasa yang sesuai dengan beliau, kata netizen. 

Membalas tweet itu, netizen memberi Ahmad Maslan empat pilihan untuk meneruskan tindakan seterusnya sekiranya dia masih mahu merungut mengenai perkara itu.








Sumber: Ahmad Maslan


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/16/2019

0 comments:

Loading...