(Video) 'Dah nasihat, tegur, nak apa lagi? Penampar?!' - Netizen


Viral di media sosial video sekumpulan penunggang motosikal menunggang secara berbahaya sehingga menghalang laluan pengguna lain. 

Menurut Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sebelum susu keluar Chenor arah barat. 

Berdasarkan video, kumpulan terbabit dipercayai sedang merempit memotong angin secara berjemaah acah-acah Valentino Rossi yang tidak menjadi. 

"Walaupun sudah dihon beberapa kali, mereka masih berdengil dengan menunggang secara berbahaya. 

"Tolong jangan jadi terlalu bebal. Jangan kerana sikap anda, orang lain menjadi mangsa. 

"Kalau belakang konvoi itu lori treler, kasi sapu semua, tak pasal-pasal arwah. Dah nasihat, dah tegur, nak apa lagi? Penampar?" demikian kapsyen yang dimuat naik oleh pengendali laman berkenaan. 



REAKSI NETIZEN



Sumber : thereporter.my