(Video) Wanita cedera diseret peragut


Seorang wanita cedera akibat terjatuh selepas diragut oleh penunggang motosikal, Sabtu petang. 

Dalam kejadian yang berlaku di antara jam 2:30 petang itu di Jalan Pesta, Muar, Johor, mangsa berjalan di lorong tepi bangunan bersendirian dengan beg tangannya di sebelah kanan. 

Suspek yang muncul secara tiba-tiba terus memecut dan meragut dan mangsa turut terseret beberapa meter. 



Mangsa yang cedera kemudian mendapatkan rawatan di hospital. 

Orang ramai khususnya wanita dinasihatkan berhati-hati ketika berjalan seorang diri di kawasan sunyi. Elakkan berjalan di lorong belakang bangunan yang sentiasa menjadi lokasi penjenayah untuk meragut. 


Sumber : thereporter.my