Aliff dijangka akan lafazkan cerai terhadap Bella Astillah hari ini


Bella Astillah dilaporkan telah memfailkan permohonan cerainya terhadap Aliff Aziz pada Mac lalu dan hari ini penyanyi itu dijangka akan melafazkan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut wartawan Harian Metro/Berita Harian, perbicaraan pasangan itu akan berlangsung sebentar lagi dan Bella kini berada di dalam kamar mahkamah dan menunggu kehadiran suaminya. 

Sementara itu, peguam yang mewakili Bella iaitu Nor Farhana berkata, kes itu telah difailkan pada 21 Mac 2019 di mana pada prosiding pertama, Aliff tidak bersetuju untuk bercerai dengan Bella secara baik. 

"Kes ini telah difailkan pada 21 Mac 2019. Pada prosiding pertama Aliff tidak setuju untuk bercerai dengan Bella secara baik. 

"Pada tarikh tersebut juga, pihak mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak membawa wakil bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). 

"Proses JKP telah berjalan dengan lancar yang mana kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk berdamai. Dan pada tarikh kali kedua, kedua-dua pihak tidak hadir, jadi mahkamah menangguhkan kepada tarikh hari ini.

"Saya mendapat arahan untuk tarikh hari ini supaya Aliff bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Bella. 

"Berdasarkan apa yang saya dah communicate dengan Aliff, memang dia akan datang pada hari ini," katanya. 



LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my