Amah diikat pada pokok kerana jemur perabot mahal majikan


Seorang wanita yang bekerja dengan sebuah keluarga yang kaya di Arab Saudi terpaksa menanggung malu apabila dia dihukum dengan cara yang memalukan dirinya, oleh majikan. 

Lovely Acosta Baruelo, 26, berasal dari Filipina itu dikatakan telah membuatkan majikannya berang kerana menjemur perabot mahal di luar dengan cahaya matahari panas terik. 

Gambar yang dirakam rakan sekerja menunjukkan Lovely diikat pada sebatang pokok di halaman rumah keluarga terbabit pada 9 Mei lalu. 

Difahamkan, majikan mereka berbuat demikian kerana mahu menunjukkan kepada Lovely bahawa cahaya matahari boleh menyebabkan perabotnya rosak. 

Rakan mangsa kemudian menghubungi Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (JHELF) untuk membantu Lovely. 

Bertindak atas aduan itu, JHELF telah bertindak menyelamatkan mangsa sebelum menghantarnya pulang semula ke Filipina pada hari yang sama. 

Kedutaan Filipina di Riyadh berkata, kes itu telah disampaikan kepada mereka pada 9 Mei dan Lovely serta-merta diselamatkan dan kembali ke pangkuan keluarganya di La Union. 

Sementara itu, Lovely sangat berharap bekas majikannya akan mendapat balasan setimpalnya kerana menganiaya mereka selama ini. 

"Terima kasih kepada mereka yang membantu saya. Saya juga memohon pihak berkuasa membantu rakan sekerja saya yang masih berada di rumah bekas majikan.

"Merekalah yang membantu saya dan saya bimbang dengan kselamatan mereka. Saya sangat berhadap mereka juga diselamatkan. 

"Kepada majikan tak guna, kamu akan mendapat balasannya. Tunggu saja. Kamu selalu potong gaji kami, inilah sebabnya kenapa kesihatan kamu tak pernah baik kerana balasan daripada perbuatan kamu," katanya. 

Sumber: Metro


Sumber : thereporter.my