Amerika Syarikat Menyenarai Hitam Huawei


Syarikat telekomunikasi Huawei Technologies Co Ltd ini akhirnya secara rasminya telah disenarai hitamkan oleh pentadbiran Trump dan ini akan menyukarkan lagi sebarang kerjasama syarikat dari China itu dengan Amerika Syarikat.

AS juga telah meletakkan peraturan bagi menghalang Huawei untuk membeli komponen dari lebih 12 negara dalam Senarai Entiti dan perlu mendapatkan kebenaran kelulusan kerajaan AS terlebih dahulu.

Sekatan demi sekatan ini dilakukan AS setelah menuduh syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar di dunia itu sebagai rangkaian yang digunakan kerajaan China untuk mengintip rakyat AS dan ia banyak kali telah dinafikan Huawei.


Sumber: Oh! Media