Anak Bulan Syawal Akan Dilihat Pada 3 Jun Ini

Posted on Tuesday, May 28, 2019 | 5/28/2019



Sedar ataupun tidak, Bulan Ramadan akan meninggalkan kita sekali lagi tidak lama lagi dan dengan itu juga, tarikh bagi melihat anak bulan Syawal telah diumumkan.

3 Jun bersamaan 29 Ramadan 1440 Hijrah akan menjadi tarikh untuk melihat anak bulan Syawal yang diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Tarikh penetapan Hari Raya Puasa ini juga akan berdasarkan Rukyah dan Hisab dan akan diumumkan kepada semua pada malam itu juga melalui saluran radio dan televisyen.

Sebanyak 29 tempat akan dipilih untuk melihat anak bulan Syawal ini yang melibatkan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor dan banyak lagi.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/28/2019

0 comments:

Loading...