Apple Terpaksa Akur, Benarkan Aplikasi Steam Link Untuk iOS


Nampaknya Apple telah membenarkan Aplikasi Steam Link digunakan untuk iOS setelah sebelum ini menghalang kerana memiliki beberapa konflik dengan garis panduan App Store.

Mengikut kepada perancangan, sepatutnya ia dilancarkan pada Mei tahun lepas di iOS dan Android bagi membolehkan pengguna bermain permainan Steam di dalam peranti mereka yang menggunakan iOS atau Android secara penstriman.




Tahun ini, Apple kembali membenarkan Valve untuk meletakkan aplikasi tersebut dan kini korang boleh memuat turun kesemua peranti iOS yang menyokong iOS 10.

Bagi mendapat kualiti penstriman yang baik, Valve menasihatkan agar PC/Laptop anda disambungkan ke router yang menyokong 5Ghz menggunakan Ethernet (kabel LAN) dan iPhone ataupun iPad anda disambung dengan Wifi 5Ghz tersebut.



Sumber: Aksiz

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media