Asus Zenfone 6 Edisi Khas 30 Tahun Hadir Dengan Spesifikasi Tinggi



Sempena Computex 2019 yang diadakan di Taiwan, Asus semalam telah memperkenalkan peranti baru Zenfone 6 edisi khas bersempena ulang tahun ke-30 yang hadir dengan sedikit spesifikasi tinggi. Tapi belum dapat dipastikan lagi sama ada peranti ini akan memasuki pasaran tempatan atau tidak.

Hadir dengan penawaran lebih kurang menyerupai Zenfone 6 biasa, termasuk skrin 6.4-inci, cip Snapdragon 855, bateri berkapasiti 5000mAh, dan penggunaan kamera boleh-flip 48-megapixel.

Walaubagaimanapun, Zenfone 6 Edisi Khas ini, hadir dengan penawaran memori 12GB RAM, selain storan 512GB. Ia juga turut hadir dengan pilihan warna hitam kusam, selain sebuah logo khusus “30 tahun” pada bahagian kerangka belakang.

Oh!Media: Kalau macam ni punya spec, kami anggarkan harga dia dalam 2k keatas. Bukan biasa-biasa punya spec.


Sumber: Oh! Media